"Bangsa Melayu Baru" yang kacau. Amerikanisme.

Assalam...
Semoga berada dalam REDHA Allah hendakNYA...

Bangsaku bangsa Melayu. Namun semakin kacau dan celaru pemikiran dan cara kehidupannya. Ini namernyer krisis budaya. Kesian. Makin lama makin kebaratan. Ader tu sampai nak pakai songkon pun segan. Apa lagi nak pakai baju melayu lengkap bersampin dan bercapal. Nampak kolotkah begitu??Sian bangsaku. Kalau setakat mewujudkan Kementerian itu dan ini yang mengajar tarian dan nyayian sudah boleh dianggap terjaga seni warisan bangsa, pada aku itu usaha yang agak baik tetapi masih tidak cukup.

Kononnya bangsa Melayu terpengaruh dengan globalisasi. Lama dah ayat ini terkesan dan terpalit dibiibir2 bangsa Melayu. Orang Melayu tidak lagi menjadi Melayu malah menjadi "Amerikanisme". hahahha....penemuan baru..."Amerikanisme".... Negara yang dikatakan menerajui segala jenis bidang didunia dan menganggap dirinya ketua segala jenis ketua....itu macam...

Orang Melayu dah makin tidak berdaya mempertahan bahasa Melayu. Universiti tempatan pun sepertinya terlalu tunduk kepada pelajar pendatang ini sehinggakan bahasa pengantar dalam kelas yang majoritinya berbangsa Melayu pun terpakse akur. Sangat tidak patot. Kesian bangsaku. Terlalu toleransi. Yer....mungkin benar banyak jurnal2 dan buku2 ilmiah dalam Bahasa Inggeris, tetapi jangan la sampai bangsa sendiri terabai. Adakah mungkin dengan menggunakan bahasa Melayu bangsa Melayu akan ketinggalan???Malas nak pikir lebih2 sebab aku bukan pemimpin dan bukan jugak ahli politik. Buah pikiran gini jerk la yang boleh aku ketengahkan.

Bangsa Melayu pulak sekarang ni kerap sangat menghina dan mengutuk budaya, bahasa dan pandangan hidu bangsanya sendiri. Dah la gitu buta sejarah pulak...Matilanak....xpaham manusia begini...Yer memng betul, Melayu ni kadang2 bukan pure Melayu tetapi perlu diingat yang bangsa Jawa, Bugis, Banjar dan semua itu kan pecahan Melayu....Rumpun Melayu.

Moral bangsa Melayu pulak tu semakin merosot. Trangender xusah cakap la...Bangsa Melayu yang menyumbang kepada peratusan yang tinggi. Power xpower. Roh perempuan yang terurung dalam tubuh badan lelaki katanya...Kepala hotak korang. Rasuah pun Melayu..Mak ai...Dadah pun Melayu... Matilanak.

Orang Melayu juga aku tengok malas sangat nak menunjukan kecemerlangan berfikir secara luar biaser. Akal budi mereka dah luput agaknya. Tidak lagi mampu bertutur dengan bahasa Melayu yang utuh dan kreatif. Semua dirojakkan...

xtau la kenapa benda ni semua jadi. Walhal orang Melayu beragama Islam. Entahla labu....Lek lu sap kok lu...pape rojer...

Sekian. Wassalam

#KepadaAllahKuBerserah

Comments

Popular posts from this blog

Nombor 4 dalam Islam....

Apa itu GWJ....akronim atau singkatan yang bermaksud??

DIHORMATI DAN DIKASIHI