ALHAMDULILLAH...Moga dalam REDHA ALLAH

As Salam...

Hurmmm...mula dah nak menulis. Nak tulis apa...Bagaimana nak menulis?Bila nak mula???
Sebenarnya menulis ni bukanlah menjadi minat dan perkara yang mustahak dalam hidup kita, tetapi korang tau TAK sebenarnya dengan menulis ini banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara...Chewaaahhhh...poyo pulak...

Tetapi serius, sejarah juga ditulis dengan tangan...Hikayat Itu dan ini....tapi zaman moden ini banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menulis. So, mulai saat ini dan ketika ini In Sha Allah aku akan start menulis...Tentang apa???tentang apa sahaja yang aku fikirkan. Yang lalu dalam kepala otak aku. Melalui pembacaan dan tontonan yang berlaku. Mungkin juga tentang sejarah hidup aku.

Sejarahnya dulu, aku ni memng dah ader blog masa STUDY kt Sintok (Universiti dalam hutan yang mewajibkan setiap pelajar lelaki bertali leher) dah la cuaca Hutan Hujan Tropika....tapi nak buat macam mana...blog tu dlu aku buat kononnya nak RESPON tentang situasi politik di Malaysia. Maklumlah study politik. Masa tu jugak pasang angan-angan nak jadi Ahli Parlimen...Chewah... Eksen btol jawa muka mamak ni ek....hahahaha....Tpi UUM walaupun bukan dengan Campus MOOD (berjeans dan berTSHIRT) ke kuliah tapi UUM still the best. Dekat sangat kat hati GUA....

Bahasa yang aku gunakan dalam blog ni mungkin bahasa pasar n tidak formal. So, yang xpaham cara penulisan aku ni ko try baca macam ko tengah bercakap style orang JOHOR. Sebb gua BANGSA JOHOR. RAKYAT SULTAN dan PENYOKONG TEGAR JDT (yang dah menang 3 kali Liga Super). TQ kepada Anak Sultan JOHOR. Kitorang Respek die dan sesungguhnyer die IDOLA semua rakyat dan belia negeri JOHOR.

So, apa matlamat aku menulis ni. Xder matlamat yang jelas TETAPI aku hanya mahu kongsi pemikiran, bacaan, komen dan semua yang aku lalui. Mungkin jadi faedah pada diri orang yang membaca, mungkin juga makin menyampah dengan BLOG GWJEW ni. Lantaklah aku xkesah. Tetapi aku ader satu pemikiran dimana........

 "ORANG YANG BIJAKSANA ADALAH ORANG YANG BELAJAR DARI SEJARAH HIDUP ORANG LAIN UNTUK DIJADIKAN PANDUAN DAN PEDOMAN TANPA MELALUI SEJARAH YANG SAMA" GW.

Tq owner blog lamanprincess.blogspot kerana tolong ajor skit2....tahniah jugak kerana husband beliau akan berangkat ke Lubnan untuk Misi PBB...Respek....

So, aku REDHA korang suke ke x??bukan nak berlagak tapi nak bgtau, aku memng nak menulis. banyak sangat benda yang bermain dalam kepada OTAK aku ni....so, bile lagi aku akan UPDATE...Hentahla....tunggu jerkla...sebbnya sekrang tengah menulis jugak...benda yang penting...ader tempoh lagi setahun jerk aku nak selesai kan benda ni. IN SHA ALLAH...

Wassalam....

#KepadaALLAHKuBerserah

Comments

Popular posts from this blog

Nombor 4 dalam Islam....

Apa itu GWJ....akronim atau singkatan yang bermaksud??

DIHORMATI DAN DIKASIHI