DIHORMATI DAN DIKASIHI

Pilih yang mana...
Mana lebih UTAMA...
Nampak macam sama??
Tetapi hakikatnya sangat berbeza...
Berbeza bagaimana?

Kajian membuktikan lelaki lebih memerlukan rasa dihormati berbanding dikasihi. Sedangkan perempuan lebih memerlukan rasa dikasihi. Lelaki yang dihormati akan mengasihi (Selamat Pagi Malaysia, 2017)

Itu hakikat yang dikaji dan dianalisis. Lelaki lebih suka mendapat hormat dari sekeliling sebelum dikasihi. Tetapi perlu diingat, rasa hormat akan menimbulkan rasa riak. Riak yang jelas kelihatan dengan perbuatan atau riak hati. Bangga dan sombong sebab;

"Aku adalah ketua jabatan, aku adalah ketua kepada syarikat konglemerat, aku adalah pemimpin masyarakat dan aku adalah macam-macam lagi. Aku adalah tempat rujuk. Tanpa aku keputusan tidak dapat dibuat, tanpa aku mesyuarat tak boleh mula, beg aku pun orang bawak, aku pakai jam mahal, aku ada driver, aku kena jaga semua tu. Orang perhati aku. Aku role model......".

Kan sombong bila ramai orang hormat kita. So, daripada dihormati pilihlah rasa dikasihi. Dikasihi lebih bersifat kekal. Kita tidak pernah jumpa RASULLULAH, tetapi kita sangat kasih pada RASULLULLAH. Kita tidak pernah rasa bagaimana rasanya menghormati RASULLULLAH sebab kita tidak pernah jumpa. KIta Kasihi RASULLULLAH. Hormat perlu wujud batang tubuh. RASULLULLAH dikasihi dahulu sebelum dihormati pada zamannya.

So, marilah kita mengasihi. Kasihlah pada semua orang, wujudkan rasa kasih orang pada diri kita. Kalau mahu hormat, hormatlah mereka selayaknya. Jangan buat-buat hormat. Ia akan memusnahkan. Kalau tak hormat tetapi perlu hormat, jangan kurang ajar KECUALI tidak menjatuhkan air muka orang yang perlu dihormat dimata orang yang hormat mereka.



D.O.A (Dalam Otak Aku)

Comments

Popular posts from this blog

Nombor 4 dalam Islam....

Apa itu GWJ....akronim atau singkatan yang bermaksud??