YANG MENGHILANG TAK DICARI
ASSALAM…
SEMOGA
BERADA DALAM REDHA ALLAH….
Ada
banyak hal yang merungsingkan hati manusia…ada yang rungsing pasal kerja, pasal
jodoh, pasal duit, pasal masa depan, business, politik, duit, anak-anak,
kekayaan dan pelbagai hal lagi…kenapakah manusia begitu???
Kenapa
tidak sahaja ALLAH beri kita kebebasan dari kerungsingan ini…kerana ini semua
adalah menambahkan keimanan kepada Allah…Allah xakan uji hambaNYA jika hambaNYA
tidak mampu..ujian dan kesusahan akan menambah rasa syukur dan REDHA kepada
Allah… Ucapkanlah Subhanallah…MAHA Suci ALLAH…
Tulisan
hari ini aku nak komen dan nak menyatakan pendapat dan pandangan perkara
berkaitan hal-hal yang berlaku dalam bulan-bulan kebelakang ni…First tahniah
kepada TRUMP yang menang pilihanraya Presiden Amerika Syarikat…bagusla la die
menang… KeEGOAn Amerika Syarikat yang telah lama ditutup dengan Presiden nya
yang bersifat lemah lembut dan nampak seperti baik akan terbongkar…Trump menang
dengan kebangkitan beberapa hal yang selama ini ramai tidak tahu….
1. Gelombang Putih antaranya…apa dia gelombang
putih??? Sudah tentu bukan gelombang Bersih 5 dan gelombang merah…merapu dorang
ni…Gelombang putih adalah suara rakyat pekerja kulit putih terutamanya yang
tidak mempunyai pelajaran sehingga ke universiti, golongan pekerja perpangkat
rendah adalah golongan penduduk asal orang Amerika…mereka ini adalah golongan
yang merasakan mereka ini tertinggal… golongan ini yang merupakan golongan asal
Amerika merupakan penyokong kuat Demokrat…mereka rase tidak dipedulikan dan
menukar ke Republik….Untuk pengetahuan umum, Amerika merupakan negara yang
dijajah…dijajah oleh ekonominya sendiri…kerana jika dilihat daripada taburan
kekayaan disana, orang kaya akan bertambah kaya dan miskin bertambah miskin….
2. Kejayaan Manifesto “ Make Amerika Great Again”
sangat berkesan kepada rakyat Amerika….Power…entah sapa la cipta ayat ni…memng
mampu memberikan keyakinan dalam memilih kepimpinan dan juga ayat propaganda
yang mampan.
Demokrasi
adalah alat membuktikan bagaimana demokrasi boleh dijadikan asas dalam
pemerintahan dalam sesebuah negara. TETAPI ia juga mampu merosakkan keseluruhan
sistem…klu ko xpaham ape aku nak sampaikan ko banyakkan membaca jangan hanya
nengok dan baca Facebook jerk….pikir sedalamnya dan analisis…letakkan pemikiran
dan hati ko seikhlas yang mungkiin dalam menilai…ketepikan politik….Secara
peribadi aku xsuke demokrasi, klu aku jadi pemimpin….kalaulah jadi pemimpin….hurmmm….susah
jadi pemimpin ni…seksa mati nanti….kene amanah…berat amanah ni…kepada yang jadi
pemimpin jadilah pemimpin yang AMANAH….tidak manipulasi orang yang dipimpinnya….
Himpunan
BERSIH yang kotor…tahniah penganjur…ramai yang turun…
Tahniah
jugak MERAH yang pudar…..
Malapetaka
menjerut leher BangsaKU….
Manusia
hanya rasa betul pada persepsinya SAHAJA….
Yang
menghilang tak dicari,
Yang
bekerja dimarahi,
Yang
mengular disanjung tinggi,
Yang
berhempas pulas diketepi……
#KepadaALLAHKuBerserah
#MencariREDHAAllah
Comments
Post a Comment