P.M.W (Persepsi Mendahului Waras)

Assalam...
Semoga berada dalam REDHA ALLAH....

Persepsi adalah satu perasaan yakin dan percaya pada sesuatu perkara yang tidak didahului dengan penyiasatan atau pencarian maklumat yang sebenar. Bangsa Melayu adalah rajanya.

Adakah ia sejenis kehebatan? Mungkin BENAR dan mungkin TIDAK.. Tapi yakinlah ia bukan kehebatan,  tapi ia sejenis sifat kemunduran. Manusia yang bergerak,  berfikir dengan keyakinan persepsi yang tinggi mendahului kewajaran dan kebenaran tidak ubah seperti manusia yang was-was dan penuh dengan kegilaan. 

Jenis kegilaan apakah itu? Kegilaan membenci,  kegilaan menuding jari kegilaan orang lain salah aku sahaja yang betul. Bukankah ini membawa kemunduran dan malapetaka.

Dorongan menyebarkan persepsi yang SALAH boleh dianggap menyebar saham DOSA... Ia akan melekit kedalam hati,  membawa ke lahad... Bukan LAHAD DATU,  tapi LIANG LAHAD...

#kepadaAllahKuBerserah

www.gwjblogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Nombor 4 dalam Islam....

Apa itu GWJ....akronim atau singkatan yang bermaksud??

DIHORMATI DAN DIKASIHI