DIHORMATI DAN DIKASIHI
Pilih yang mana... Mana lebih UTAMA... Nampak macam sama?? Tetapi hakikatnya sangat berbeza... Berbeza bagaimana? Kajian membuktikan lelaki lebih memerlukan rasa dihormati berbanding dikasihi. Sedangkan perempuan lebih memerlukan rasa dikasihi. Lelaki yang dihormati akan mengasihi (Selamat Pagi Malaysia, 2017) Itu hakikat yang dikaji dan dianalisis. Lelaki lebih suka mendapat hormat dari sekeliling sebelum dikasihi. Tetapi perlu diingat, rasa hormat akan menimbulkan rasa riak. Riak yang jelas kelihatan dengan perbuatan atau riak hati. Bangga dan sombong sebab; "Aku adalah ketua jabatan, aku adalah ketua kepada syarikat konglemerat, aku adalah pemimpin masyarakat dan aku adalah macam-macam lagi. Aku adalah tempat rujuk. Tanpa aku keputusan tidak dapat dibuat, tanpa aku mesyuarat tak boleh mula, beg aku pun orang bawak, aku pakai jam mahal, aku ada driver, aku kena jaga semua tu. Orang perhati aku. Aku role model......". Kan so...