BICARA DARI HATI
PERINGATAN!!!!!! ANDA AKAN TERDORONG UNTUK MUNTAH RINGAN APABILA ANDA HABIS MEMBACA ARTIKEL INI. JIKA MUDARAT BERPANJANGAN SILA BERJUMPA DENGAN DOKTOR BERDEKATAN. ASSALAM... Moga dalam Redha Allah... Manusia dilahirkan dengan akal dan hati. Akalnya menentukan keperluan, menilai kewajaran, memikir masa depan dan memutuskan keputusan. Hati pula tempat wujud satu rasa manusia terhadap perkara yang disukai, dicintai dan dibenci. Terlalu banyak perasaan yang dilalui oleh hati. Hati tidak memerlukan hati-hati untuk merasakan tindak balas. Ianya dilalui tanpa ada kawalan. Tidak pernah terdengar perasaan suka, benci, cinta dan sayang diubah dengan sewenangnya. Hati perlukan usaha untuk menukar dari satu rasa kepada satu rasa yang lain. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Hatilah tempat dipertanggungjawabkan untuk merasainya. Akal yang waras dan sihat akan menentukan (tapi bukan dengan kawalan total) apa yang dirasai oleh hati. Kadang-kadang kita sayang, tapi akal akan mencari...